Kerjaya sebagai penyanyi Yantzen Juniwan

Yantzen dikatakan pernah pernah tinggal dikawasan Jurong. Beliau merupakan penyanyi utama kumpulan Rusty Blade akhir 1980-an. Kumpulan yang berasal dari Singapura itu pernah muncul dengan album Ikrar Perwira pada 1985, Rintangan Hidup Dunia (1986), Berat (1988) dan Awas (1989). Album terakhir mereka sebelum menyepi dari industri muzik tempatan adalah album Awas pada 1989. Yantzen dikatakan pernah membuka sebuah kedai jualan kaset di Joo Chiat Complex (Singapura).

Meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas Rusty Blade tidak lagi aktif, Yantzen menghasilkan album solo pertamanya berjudul Lain Dulu Lain Sekarang pada tahun 1991. Lagu hit dari album ini berjudul Insan ciptaan Nathan dan lirik oleh Allahyarham Juwie menjadi siulan ramai, sekali gus melonjakkan namanya sebagai antara penyanyi rock solo yang diminati hingga kini.

Pada tahun 1992 hingga tahun 1995 Yantzen menganggotai kumpulan May sebagai vokalis menggantikan tempat Mus yang menubuhkan kumpulan Strangers.[2]

Nama Yantzen menjadi popular semula pada 2005 apabila beliau menyertai album projek Semangat Zaman bersama lima vokalis rock ternama lain iaitu Rahim Maarof, Aris Ariwatan, Joey Bumiputra Rockers, Mus May dan Nash. Hubungan Yantzen dengan kumpulan May juga terjalin semula pada 2005 apabila beliau diundang membuat persembahan bersama kumpulan itu di Planet Hollywood, Kuala Lumpur.